Doa, tasbih, selawat mampu ubah ketetapan nasib
SALMAN meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawasanya Baginda
bersabda: ¡°Tidak ada yang menolak ketetapan selain doa.¡± Daripada
Abdullah bin Umar bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: ¡°Barang
siapa yang dibukakan baginya pintu doa, maka dibukakanlah baginya
pintu rahmat, tidak ada permintaan yang lebih disukai daripada
seorang meminta kesihatan dan bahawasanya doa bermanfaat untuk
perkara yang sudah terjadi mahupun belum terjadi dan tidak ada
yang menolak ketetapan selain doa maka berdoalah kamu wahai hamba
Allah.¡±
Setiap ketetapan boleh berubah dengan doa yang menjadi amalan
serta sedekah, sebagaimana diriwayatkan daripada Ali bahawa Rasulullah
SAW bersabda: ¡°Sedekah mencegah ketetapan yang sudah dikukuhkan.¡±
Kriteria ketiga yang boleh mengubah ketetapan ialah tasbih dan
keempat adalah memperbanyak membaca selawat kepada Nabi.
Kelima, takwa yang menjadi syarat paling kuat untuk memperoleh
kebaikan dan mencegah keburukan dari jalan yang tidak dihitungkan.
Allah berfirman bermaksud: ¡°Barang siapa yang bertakwa kepada
Allah maka Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari segala
kesulitan dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak dihitungkannya.¡±
(Surah at-Thalaq, ayat 2-3)
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
¡°Barang siapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan menjadikan
baginya jalan keluar bagi segala kesulitan, kelapangan dari segala
kegundahan dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak diperhitungkannya.¡±
Seorang lelaki mengadu kepada al-Hasan al-Bashri mengenai hal
kekeringan, maka beliau berkata: ¡°Beristighfarlah¡± Kemudian datang
orang lain kepadanya mengadukan perihal kefakiran, beliau berkata:
¡°Istighfarlah¡±.
Kemudian datang lagi seorang yang mengadukan kebunnya yang kering,
maka beliau berkata: ¡°Istighfarlah¡±. Selepas itu datang seorang
yang mengadukan ingin mempunyai keturunan, maka beliau berkata:
¡°Istighfarlah¡±.
Beliau membacakan kepada mereka firman Allah bermaksud: ¡°Maka
Aku berkata: ¡°Minta ampunlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia
Maha Pengampun. Dia akan menurunkan hujan bagimu dari langit.
Memberimu harta yang banyak, keturunan dan menjadikan bagimu taman-taman
dan sungai-sungai.¡± (Surah Nuh, ayat 10-12)